HALOO HALOO

ASSALAMMUALAIKKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG MY ANIMAL PLANET . SEMOGA CERIA SELALU ;)
HOME SHELTER P.NENAS MANIS MANIS BERANAK(1) MANIS BERANAK(2) PUTIH DAN TOM KEPERGIAN 1 KEPERGIAN 2 JOHNNY KEMATIAN MANJA SANDY KIKI DOKTOR HAIWAN??? HERO & PH KLINIK HAIWAN JOHOR
ASSALAMMUALAIKKUM.SEGALA CERITA YANG JIHAH TULIS DI BLOG INI , SEKADAR UNTUK PERKONGSIAN KEPADA SEMUA ;)

Wednesday, 16 March 2016

MEMORI

Assalammualaikkum semua. Apa khabar.  Rasanya dah berhabuk sangat blog ni, sebab jihah dah lama sangat tak update blog sejak lepas jihah sambung belajar lagi. Tiba tiba harini mood nak meluah perasaan kat blog timbul balik. Sebenarnya tadi jihah ada presentation subjek pengucapan awam. Persembahan ni individu dan tajuk persembahan bebas. Mulanya jiha nak buat tajuk jom melancong ke johor. Tapi tiba tiba pulak hati ni berubah nak buat tajuk lain. Dan tajuk kedua yang jihah pilih adalah tentang KUCING. Topiknya : MEMORI BERSAMA KUCING KUCINGKU. Tujuan jihah pilih tajuk ni kerana jihah nak berkongsi perasaan dan pengalaman membela kucing kepada kawan kawan lain.


Sejujurnya jihah memang tak ready untuk presentation ni. Sebab rasa macam tak yakin nak cerita pasal kucing. Jiha takut persepsi orang lain pada jihah. Tapi jihah kuatkan juga hati nak juga bercerita tentang kucing kucing jihah. Jihah orang yang terakhir sekali buat presentation pada harini. Masa mula mula tengok kawan kawan present jiha boleh relax lagi. Hahhh, bila sampai turn jihah, macam macam perasaan ada. Rasa nak kencing la, rasa nak demam laa, jantung memang berdegup laju gilaa. Hahahaha.

Bermulanya persembahan jihah perkenalkan kucing pertama yang jihah bela iaitu Anies. Lepastu jihah bercerita pulak tentang Manja kecik. Bila keluar gambar manja kecik pada slide yang jihah sediakan, membuatkan hati ni memberontak kerinduan. Masa tu , jihah memang tak boleh nak cakap dan cerita apa apa langsung. Tiba tiba je air mata mengalir. Menangis di depan pensyarah dan rakan rakan sekelas. Suara terketar ketar, badan menggigil. Jihah langsung tak boleh nak bercerita pada masa tu. Yang hanya ada dalam ingatan ni hanyalah tatapan muka manja kecik pada saat saat akhir pemergiannya. Saat saat ketika manja nazak. Manja kecik sakit sebab termakan racun tak tahu dari mana. Sedih tak terkata.

manja kecik dalam kenangan


Jihah cuba menarik nafas sedalam dalamnya untuk mengurangkan rasa sedih. 2 kali jihah cuba untuk berhenti menangis tapi gagal. Kali ketiga jiha berdiam sejenak dan mengesat air mata. Rakan rakan sekelas beri sokongan dan pada jihah. Jihah Kuatkan hati untuk terus bercerita tentang kucing kucing yang lain. Jihah juga berkongsi pengalaman jihah menyertai program lawatan amal ke SHELTER PEKAN NENAS dan program TRAP,NEUTER AND ADOPT. Ada juga sedikit perkongsian tentang pengalaman jihah bekerja di klinik haiwan.

Jihah nak ucapkan terima kasih pada rakan rakan sekelas dan pensyarah sebab beri sokongan dan semangat pada jihah. Jihah minta maaf pada kawan sekelas sebab buat korang juga rasa sedih dengar cerita jihah. Tak sangka akhirnya air mata kerinduan mengalir juga. Sampai disaat jihah menaip cerita ini pun, masih bergenang air mata kerinduan. Hanya tuhan yang tahu isi hati ini. Betapa rindunya kakak pada kucing kucing kakak semua. Hanya memori yang tinggal untuk kita. Memori yang selamanya takkan ku padam dari ingatan.

Buat kucing kucing kakak , kakak sentiasa merindui korang. Bila kakak buka gambar korang semua di laptop. Kakak menangis. Segalanya hanya tinggal kenangan.


                                                              Yang ikhlas:                                                         kakak yang merinduimu

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK DAN FOLLOW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...